Sejarah awal manusia hidup di dunia ini adalah pertemuan antara Nabi Adam dan Hawa di Jabal Rahmah, Padang Arafah. Beberapa kisah dalam kitab sabilah muhtadin dalam bab Haji diceritakan bagaimana Nabi Adam a.s berjalan mencari Hawa selama 40 tahun dari benua India sehingga bertemu di Arafah. Dalam dunia yang begitu luas tanpa seorang manusia, ketikaitu bagaimana Adam a.s boleh tahu yang Siti Hawa ada di Arafah, siapakah yang menceritakannya. Inilah kebesaran Allah. Inilah kebesaran Allah mereka boleh bertemu di situ dan Nabi Adam a.s tidak melayan keinginan terhadap Siti Hawa sewaktu bertemu berbanding ketika di syurga yang memimpikan Siti Hawa di sisinya. Mengapa keinginan Adam terhadap Hawa lenyap ketika itu, kerana ia dalam keadaan resah dengan penyesalan.(petikan buku Kursus Haji drp Hj. Md Daud Che Ngah)
Itulah intro kepada n3 kali ni sempena menunggu panggilan Haji. Kami di Yanbu kebanyakan sudah menghantar borang dan menyelesaikan langkah pertama untuk permohonan menjalankan ibadat tersebut. Insya allah , harap diperkenankan menjadi tetamu Allah.
Jadi gambaran yang diberikan pada tempat yang berlainan dan dalam keadaan yang berlainan. Bagaimana manusia yang sentiasa bergelumang dengan dosa-dosa setiap hari samada sengaja atau tersilap. Mengikut sejarah juga Nabi Adam a.s berada di kawasan Arafah selama kira-kira 12 tahun semata-mata ingin memohon keampunan Allah dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai. Setelah dalamnya keinsafan Nabi Adam barulah Allah menerima taubatnya seperti dalam kenyataan Al-Quran (Al Baqarah ayat 30). Walaupun syarat wukuf kepada jemaah haji hanya berada seketika, namun masa yang terluang digunakan dalam suasana melakukan ibadat tambahan dalam keadaan yang optimum dan bersungguh-sungguh kerana tidak tahu bila lagi masanya dapat tiba di Padang Arafah.....