Thursday

Madinah Al -Munawarrah

Madinah adalah Tanah Haram

Selain Makkah, Madinah juga adalah Tanah Haram. Sesuai dengan penjelasan Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya daripada Saad r.a., maksudnya “Aku mengisytiharkan haram bagi kawasan yang berada di antara tanah berbatu di kedua-dua bahagian Madinah. Sesungguhnya tumbuh-tumbuhannya tidak boleh ditebang dan binatangnya tidak boleh diburu di dalam kawasannya. Hanya jika mereka mengetahui akan kelebihannya dengan sepenuhnya mereka tidak akan meninggalkannya. Sesiapa yang bergerak keluar daripada Madinah kerana tidak terpesona dengannya, Allah akan menghantar seorang yang lain yang lebih baik daripadanya untuk gantinya. Barang siapa menanggung sabar di atas kesukaran tinggal di Madinah, aku akan memberinya syafaat atau menjadi saksinya pada hari Kiamat” (H.R. Muslim) .
· Rasulullah SAW sangat sayang terhadap negeri Madinah dan pernah memohon doa daripada Allah SWT agar penduduknya hidup dalam kesenangan, kesejahteraan dan dijauhi daripada bala bencana. Rasulullah SAW juga menjelaskan bahawa nama Madinah disebut Taiyibah (bersih, cemerlang dan suci). Di sinilah menunjukkan Madinah sebuah negeri yang bersih, terpelihara daripada segala perbuatan syirik dan mungkar. Selain itu, Madinah sangat sesuai sebagai tempat tinggal mereka yang jujur, bersih jiwanya dan sentiasa bertakwa kepada Alah SWT.
· Seseorang yang menziarahi Madinah Al Munawwarah kemudian meninggal dunia, Rasulullah SAW menjanjikan syafaat kepadanya. Hadis Rasulullah SAW dari Sumaitah, seorang perempuan Bani Laith berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang mempunyai kemampuan dan keupayaan daripada kamu jangan meninggal dunia melainkan di Madinah. Sesungguhnya sesiapa yang mati di Madinah aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi baginya..” (H.R. Ibnu Hibban dan Tabrani).
· Jika berkesempatan menziarahi pasar tamar yang terbesar di Madinah kita akan merasa kagum dengan pelbagai tamar yang dijual. Buah Tamar Ajwa sangat istimewa bukan sahaja lazat malah banyak penawar. Hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan tamar Ajwa dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya” Ajwa adalah dari syurga ia boleh menjadi penawar dari racun, cendawan dari madu, turun dari langit dan airnya menjadi penawar bagi mata”. (H.R. Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasai).
· Selain itu tanah dan debu di Madinah boleh mengubat penyakit. Rasulullah SAW bersabda dari Saad bin Abi Waqas r.a.”Aku bersumpah demi Allah yang dalam tanganNya nyawaku, bahawa debu-debu Madinah adalah ubat penyembuh bagi setiap jenis penyakit”.
· Sesungguhnys Madinah adalah kota yang terbukti mempunyai kelebihan seperti kota Makkah. Selain di Makkah, wahyu-wahyu Allah juga diturunkan kepada Rasulullah SAW di Madinah, samada di rumahnya, di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain.

(Petikan daripada Utas Travel & Tours Sdn. Bhd.)

Selamat Hari Hari

Kepada semua ayah , bapak, abah, papa atau walid atau apa sahaja yang anda
sebut , kita rasa perlu juga untuk menghargai mereka sebagai tunggak atau nakhoda kepada
institusi kekeluargaan bahkan sebagai penjana ekonomi sesebuah rumahtangga. Tidak terlalu berlebih-lebihan atau wajar sebenarnya kita sambut Hari Bapa ini untuk menghargai jasa ayah atau bapa kita sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, AMIN!!
SELAMAT HARI BAPA