Tuesday

Babak 2:Salam Baitullah


Hari ini sudah 10 Zulhijjah 1431H, hampir 3 juta jemaah haji seluruh dunia termasuk kira-kira 26 ribu jemaah rakyat Malaysia telah melalui pengalaman menyempurnakan rukun haji iaitu wukuf di Arafah dan bermalam di muzdalifah seterusnya pagi ini bersama-sama mengerjakan sembahyang sunat idul adha di Masjidil Haram. Di KSA, ada beberapa siaran langsung daripada sistem penyiaran antaranya Huda-TV, al Jazeera , BBC arabic membuat liputan siaran langsung sembahyang sunat idul adha. Di Malaysia ketika ini masih lagi 9 Zulhijjah yang mana ada sebahagian rakyat yang mungkin sedang berpuasa sunat hari Arafah. Syukur juga RTM Malaysia menyiarkan siaran terus menerus dari Arafah -suatu pencapaian yang baik dalam dunia penyiaran sekarang.

Kebetulan ada wakil wartawan spt (Tn Hj Awang Omar Pengiran Apong) membuat liputan setiap perjalanan Jemaah Haji Malaysia khususnya Jemaah Tabung Haji.Begitu juga jika beberapa media luar negara membuat liputan secara terus menerus situasi di Arafah, Mina dan Majidil Haram

Terbayang betapa sayu hati semua jemaah ketika itu, tetapi terasa waktu itu bagai kilat, cepat berlalu sehingga lidah ini rasa seperti semua hendak diungkapkan agar semua doa didengar oleh Allah swt. ketika itu...

Walaupun tidak mengerjakan haji beberapa perkara sunat bolehlah dilakukan sesuai dengan kemampuan masing-masing. Mendengar sesi soal-jawab dan huraian daripada Ustaz Mohamad Ravi (Salam Baitullah) bersama tetamu temputan di RTM tentang beberapa permasalah Haji dan korban serta perkongsian pengalaman dan juga diselitkan rakaman dan ucap salam dari Jemaah Haji Malaysia di Mekah ketika itu terasa dunia siber tiada yang musykil. Kalau dulu harapkan telegram dan berita sahaja. Kini dah boleh nampak saudara kita melambai-lambai di kaca TV
..masya allah