Friday

Episode 3: Bab 4:Tetamu



Cuaca sekarang sangat sangat panas terasa bagai kene tampar..Tulah dia musim panas. Betul-betul musim bukan macam kat Asia Tenggara yang mempunyai monsun tropika ada kala hujan ada kala panas. Kalau dah nama pun musim..memang sentiasa panas sampai 3-4 bulan. Cuti sekolah di Arab ni (orang Timur Tengah lagii la panas sebab tengah padang pasir) tak pernah rasa seperti di Malaysia atau negara Khatulistiwa..duk la kat tepi air terjun buatan ni untuk rasa sejuk sikit...Air terjun ni adalah seperti dinding yang panjang selepas keluar daripada Masjid Nabawi keluar daripada Kota Madinah untuk jalan-jalan menuju Tabuk, atau Jeddah, atau ke Mekah. Tapi dalam panas terik tu boleh jugak lah ziarah ke Bukit Uhud dan melihat deretan bazar di tengah panas walaupun baru jam 8 pagi.


















Pada musim cuti sekolah di Malaysia memang ramailah jemaah akan datang buat Umrah dan ziarah termasuklah keluarga kami Abang Long dan Kak Saerah dari Seremban serta anak-anak. Kecik je mata si Kembar tak boleh bukak sebab kene panahan matahari ketika tawaf Wida.













Thursday

Episode 3: Babak 3-Kek Keju untuk Ayah








Entri kali ni sebelum bercuti panjang agak -agak 2 bulan kelak adalah untuk meraikan Hari Bapa. Selamat Hari bapa dari anak-anak Afif Azhan, Auzaie Rusyaidi , Nur Liyana dan Nur Irdina. Kek Keju mak buat untuk ayah. Ayah rasmikan memakannye lepas tu.... habis Afif makan...

Pekan Buku


Untuk rakan seperjuangan di Malaysia, ku paparkan sebahagian daripada judul buku kalau nak terjemah ke dalam Bahasa Malaysia....haa,h . Di antara tugas lama ialah menyemakkan(bukan edit) meja dengan katalog buku dari publisher syarikat penerbit buku. Tapi kat Saudi kebanyakan pekedai cakap Arab tak reti lah pulak apa bendanya. Tapi di Dawah Corner yang diperkenalkan oleh Pn Anis, baru nampak tajuk buku bukan sahaja arabic tetapi dapatlah baca hasil penulisan Prof dan pengarang tersohor Arab dalam Bahasa Inggeris . Boleh lahh.. penjual pun boleh cakap omputih sikit, Melayu sikit. Agaknya orang Malaysia ramai beli di sini, jadi tokey kedai boleh belajar jugak cakap Melayu. Catalog buku ada tajuk buku, nama pengarang dan harga. Ringkas jer. Kalau kat opis dulu diletakkan gambor kulit buku, ISBN (no. rujukan penerbitan), dan harga buku (wajiblah). Kebanyakan Publisher buku ada Catalog bagi setiap penerbitan yang dikeluarkan oleh syarikat mereka sebagai panduan pembeli, pengedar, pencetak buku dan yang sewaktu dengannya....